Pantai Hospital Ayer Keroh santuni rakan kerjasama, pengamal

Pantai Hospital Ayer Keroh santuni rakan kerjasama, pengamal media

PANTAI Hospital Ayer Keroh menganjurkan Majlis Iftar Ramadan dan Ramah Mesra sebagai tanda penghargaan kepada rakan kerjasama, perunding dan media di sebuah hotel di Melaka. - UTUSAN/AMRAN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pantai Hospital Ayer Keroh di sini menganjurkan Majlis Iftar Ramadan dan Ramah Mesra sebagai tanda penghargaan kepada rakan kerjasama, perunding dan pengamal media yang sentiasa menyokong dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada komuniti.

Pengurus Jualan dan Pemasarannya, Bernadette Choe berkata, Ramadan adalah bulan untuk muhasabah, perpaduan dan keberkatan bagi umat Islam.

“Kami berbesar hati untuk meraikan bulan yang mulia ini dan berkongsi keberkatannya bersama rakan kerjasama yang dihargai.

“Majlis iftar ini turut menjadi platform penghargaan kepada pelbagai pihak berkepentingan, termasuk ejen insurans, pengamal perubatan am, rakan kerjasama antarabangsa dan korporat, rakan media, perunding serta agensi kerajaan dan penguatkuasaan tempatan.

“Dengan sokongan berterusan daripada semua rakan kongsi yang dihargai, kami dapat menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada komuniti,” katanya ketika ditemui selepas majlis berkenaan.

Tambah Bernadette, komitmen Pantai Hospital Ayer Keroh terhadap kecemerlangan dalam penjagaan kesihatan tidak akan berubah.

“Kami akan terus mengamalkan inovasi, meningkatkan penjagaan pesakit dan mengukuhkan kerjasama dengan rakan kongsi yang dihormati bagi memastikan komuniti menikmati perkhidmatan kesihatan berkualiti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya