Objek besi bentuk torpedo di Pantai Seberang Takir bukan bom

Objek besi bentuk torpedo di Pantai Seberang Takir bukan bom

POLIS mengesahkan besi berbentuk torpedo yang ditemukan di Pantai Seberang Takir di Terengganu bukan bom. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Objek besi berbentuk torpedo yang ditemukan orang awam di Pantai Seberang Takir, di sini hari disahkan bukan bom seperti yang disangka.

Sebaliknya, objek seberat 70 kilogram itu adalah alat kajian marin yang dianggarkan bernilai RM1 juta.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira 7.30 pagi ini mengenai penemuan objek yang disyaki bom.

“Bentuk objek itu seakan-akan torpedo atau peluru berpandu sepanjang sembilan kaki. Ada banyak pendawaian pada objek itu namun hasil siasatan awal mendapati ia bukanlah bom sebaliknya alat kajian marin,” katanya di Pantai Seberang Takir, hari ini.

Terdahulu, orang ramai digemparkan dengan penemuan objek yang disangka bom di Pantai Seberang Takir dan penemuan itu juga tular dalam media sosial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya