Konsert mega di Sabah, Stacy janjikan pelbagai kejutan - Utusan Malaysia

Konsert mega di Sabah, Stacy janjikan pelbagai kejutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Stacy, menjanjikan persembahan berskala besar menerusi konsert solo mega pertamanya, Aku Stacy di Kota Kinabalu, Jun ini.

Kata Stacy, pertama kali mementaskan konsert mega di tanah kelahiran sendiri, dia akan menghadiahkan pengalaman konsert yang akan meninggalkan impak kepada penonton.

“Durasi Konsert ini adalah lebih panjang berbanding konsert-konsert saya sebelum ini. Jadi, penonton nanti akan disajikan dengan pelbagai kejutan.

“Banyak yang telah saya korbankan untuk bertahan dan terus berkembang dalam bidang ini. Oleh itu, saya mahu ekspresikan segala emosi, seni dan kreativiti dalam konsert ini nanti.

“Saya janjikan persembahan berskala besar, baik daripada segi muzik dan tarian. Seperti persembahan pop culture saya yang penonton lihat dalam program The Hardest Singing Show, begitu jugalah pada konsert solo mega saya ini nanti. Cuma skalanya lebih besar,” kata Stacy dalam kenyataan.

Konsert Aku Stacy bakal dipentaskan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 21 Jun 2025.

Konsert anjuran Rhythm & Rhyme Entertainment itu turut mendapat tajaan U Mobile. Dalam masa yang sama, Stacy juga menjanjikan persembahan muzikal dan visual terbaik pada konsertnya nanti.

“Muzik dan visual yang dipersembahkan nanti menggambarkan genre lagu saya iaitu dance dan Rock & Roll.

“Persembahan muzik, tarian dan fesyen yang bakal penonton saksikan nanti diolah khas bagi mencipta pengalaman istimewa untuk audiens

“Saya harap peminat dapat memberikan sokongan terhadap konsert ini. Ia adalah konsert berskala besar saya yang julung kali diadakan di tanah kelahiran saya, oleh itu saya ingin hadiahkan momen istimewa buat peminat yang sejak dulu menyokong karıer saya,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN