Kijang sesat hingga beranda surau 

Kijang sesat hingga beranda surau 

TANGKAP layar video seekor kijang tersesat di Surau Kampung Pela, Ajil , Hulu Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Disangkakan anak kambing, rupa-rupanya kijang yang tersesat di Kampung Pela, Ajil, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu, kijang setinggi hampir satu meter berkenaan turut merempuh pagar beranda surau kampung itu sehingga patah sebelum melarikan diri.

Seorang penduduk, Norhayati Che Mohd Nor berkata, kehadiran haiwan tersebut disedari anaknya Nur Iffah Madihah Zilah,17, sewaktu berjalan kaki pulang ke rumah selepas selesai membeli ais dari kedai berhampiran.

“Pada mulanya Nur Iffah Madihah sangkakan anak kambing. Mungkin terkejut melihat manusia, kijang itu melarikan diri ke arah surau. 

“Sewaktu sampai di surau anak saya melihat ‘anak kambing’ itu atas beranda dan cuba menghalaunya. Namun pada masa sama dia tidak begitu berani kerana haiwan itu agak agresif, mundar mandir seolah-olah hilang arah.

“Dia kemudian merakam video dan beranikan diri berjalan menghampiri ‘anak kambing’. Tiba-tiba haiwan itu merempuh pagar beranda sehingga patah lalu larikan diri di celah celah rumah penduduk,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Norhayati, anaknya menceritakan perihal kejadian kepadanya selepas sampai di rumah.

Katanya, penduduk kampung yang melihat video dirakam anaknya itu mengatakan haiwan itu adalah kijang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya