Jualan air nira meningkat sekali ganda semasa bulan puasa

Jualan air nira meningkat sekali ganda semasa bulan puasa

AZMI Darus melakukan proses menghasilkan air nira di kebun nipah yang diusahakannya di Kampung Simpang Ranggam di Pasir Salak. – MINGGUAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Permintaan terhadap air nira nipah melonjak sekali ganda sepanjang Ramadan apabila ia bukan sahaja menjadi minuman pilihan ketika berbuka, malah digunakan dalam penyediaan pelbagai kuih-muih tradisional.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengusaha air nira nipah di Sungai Ranggam, Azmi Darus, 60, berkata, pada hari biasa, jualannya hanya sekitar 100 hingga 200 botol sehari, tetapi ketika bulan puasa, jumlah itu meningkat sehingga 500 botol sehari.

Menurutnya, kenaikan mendadak ini disebabkan oleh permintaan tinggi terhadap minuman tersebut yang terkenal dengan rasanya yang manis, segar, serta dipercayai dapat mengembalikan tenaga selepas seharian berpuasa.

“Jualan meningkat kerana ramai yang mencari nira nipah untuk dijadikan bahan dalam hidangan manisan tradisional seperti dodol, kuih lompat tikam, dan pelbagai pencuci mulut lain semasa Ramadan.

“Pelanggan luar akan membeli 500 hingga 1,000 botol sekali gus kerana mereka datang dari jauh dan mereka kata nira nipah dari sini lebih sedap,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Azmi yang mengusahakan kebun nipah seluas satu ekar sejak tahun 2000 berkata, air nira nipah dari kawasan itu turut mendapat permintaan tinggi dari luar Perak termasuk pelanggan tetap dari Seremban dan Johor yang sanggup datang untuk mengambil pesanan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN