PETALING JAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menerusi Cawangan Narkotik, Bahagian Penguatkuasaan menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan rampasan bernilai RM4,124,173 dalam tiga serbuan baru-baru ini. Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) JKDM, Raizam Setapa berkata, kejayaan itu adalah hasil risikan dan operasi berterusan pihaknya dalam membanteras jenayah penyeludupan dadah yang semakin licik menggunakan pelbagai modus operandi. “Sindiket terbabit menggunakan laluan udara, laut dan perkhidmatan kurier bagi menyeludup dadah, namun taktik mereka…










