PETALING JAYA: Perkhidmatan berkonsepkan ‘beli sekarang bayar kemudian’ atau BNPL perlu dikawal selia dengan hanya terhad kepada barangan atau produk tertentu sahaja. Penganalisis Ekonomi Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF), Prof. Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, kawal selia menerusi satu akta khusus itu juga penting bagi mengelakkan pengguna dieksploitasi. Katanya, kawal selia tersebut yang boleh dilaksanakan kerajaan itu perlu berlandaskan konsep syariah dan tidak memudaratkan pengguna serta tidak menjejaskan pasaran…







