Dua penarik kereta tidak sempat edar 42kg dadah

Dua penarik kereta tidak sempat edar 42kg dadah

AHMAD SUKARNO MOHD. ZAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua penarik kereta tidak sempat mengedar dadah jenis ganja seberat 42 kilogram (kg) setelah ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Cuepacs, Segambut di sini, Rabu lalu.

Operasi serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Sentul bersama anggota Balai Polis Jinjang itu berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang aktif di sekitar Sentul dan Jinjang.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, polis menahan dua lelaki tempatan berusia 43 dan 33 tahun sedang memindahkan bungkusan hitam berisi ganja ke dalam sebuah kereta dalam operasi dijalankan pada pukul 7.25 malam.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu, polis menemukan dua bungkusan plastik hitam berisi bunga ganja seberat 2.01 kg di atas tempat duduk penumpang belakang, manakala 38 lagi bungkusan plastik hitam berisi 40.37 kg ganja dalam bonet.

“Siasatan lanjut mendapati rumah teres dua tingkat yang digunakan dalam operasi pengedaran dadah itu bukan milik suspek, sebaliknya disewa secara harian melalui platform dalam talian.

“Kejayaan tersebut berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang mampu menampung penggunaan seramai 100,000 penagih,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, semalam.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN