DBKL tutup tiga premis hotel dikendalikan warga asing

DBKL tutup tiga premis hotel dikendalikan warga asing

Tiga premis hotel dikendalikan oleh warga asing tanpa lesen diserbu dalam satu operasi khas KL Strike Force di sekitar ibu kota.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup serta-merta tiga premis hotel dikendalikan oleh warga asing tanpa lesen, dalam satu operasi khas KL Strike Force di sekitar ibu kota.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, berdasarkan siasatan dan pemantauan dijalankan pegawai penguat kuasa di lokasi-lokasi panas selama hampir seminggu, beberapa premis telah dikenalpasti untuk dikenakan tindakan penguatkuasaan.

“Dalam operasi KL Strike Force dijalankan, terdapat empat premis hotel yang beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah serta dikendalikan oleh warga asing.

“Hasil daripada operasi itu, tiga premis hotel dikenakan tindakan tutup serta-merta di bawah Akta Hotel (WPKL) 2003,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Selain itu, DBKL turut mengeluarkan Notis Pemberitahuan Tentang Kesalahan di bawah Akta Hotel (WPKL) 2003 dan Notis Tawaran Kompaun di bawah undang-undang kecil (UUK) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 atas pelbagai kesalahan.

DBKL turut memaklumkan akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang dikenal pasti.

Orang awam juga boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan https://adukl.dbkl.gov.my bagi sebarang aduan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya