Buah kabung hanya ada ketika Ramadan

Buah kabung hanya ada ketika Ramadan

ROSMAHWATI Kamalruzaman menjual buah kabung di gerainya di Kampung Pulau Juar, Pasir Salak, Perak. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Buah kabung atau disebut buah kantor dalam kala­ngan masyarakat di daerah Perak Tengah, disifatkan istimewa ke­rana hanya boleh diperoleh pada bulan Ramadan.

Buah kabung dihasilkan daripada pokok yang tumbuh liar di kawasan hutan dan isinya pula manis dan lembut, biasanya dicampur dengan minuman untuk berbuka puasa.

Hanya mereka yang mahir mampu memperoleh buah kabung, seterusnya memberikan pendapatan tambahan menje­lang Syawal.

Peniaga di Kampung Pulau Juar di sini, Rosmahwati Kamalruzaman, 44, berkata, penghasilan buah kabung memerlukan proses yang panjang bagi memastikannya sedap dan lembut.

“Istimewanya isi buah kabung ini hanya boleh didapati semasa bulan puasa sahaja, kalau di bulan lain memang susah untuk dapat. Bulan puasa tahun ini permintaan tinggi, terlalu ramai pelanggan sehingga kami terpaksa menolak banyak tempahan.

“Suami saya turut membantu mencari buah kabung di dalam hutan dan buahnya diproses sehingga menghasilkan isi dan kami jual di tepi jalan. Isi buah kabung dijual pada harga RM4 satu bekas,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kata Rosmahwati, permintaan terhadap buah kabung begitu menggalakkan dan menjadi tumpuan pengguna jalan raya untuk ke pekan Kampung Gajah dan Teluk Intan.

“Saya akan terus menghasilkan isi buah kabung setiap kali Ramadan kerana percaya permintaan sentiasa tinggi terutama pada bulan Ramadan. Bulan Ramadan memberikan kami rezeki tambahan melalui penjualan buah kabung,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN