Biskut raya harga Rahmah

Biskut raya harga Rahmah

NUR Solehah Fitri menunjukkan biskut raya harga rahmah yang dijualnya di Kampung Renek, Besut, Terengganu. – UTUSAN / WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Walaupun untung tidak besar, seorang peniaga menawarkan biskut raya ‘harga Rahmah’ sebagai salah satu cara bersedekah sekali gus membolehkan pembeli terutama golongan tidak berkemampuan menikmatinya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Nur Solehah Fitri, 27, dari Kampung Renek di sini berkata, dia menawarkan biskut raya berharga antara RM13 hingga RM16 bagi satu balang mengikut jenis berbanding harga biasa yang melebihi RM18.

“Saya menawarkan 11 jenis biskut raya tular yang mana harga lebih murah antara RM2 hingga RM3 jika dibandingkan dengan yang dijual dipasaran. Biskut ini dibuat sendiri mengikut tempahan pelanggan. 

“Antara biskut yang saya tawarkan ialah tat nenas, semperit susu, semperit klasik, tat coklat, florentine, dan almond london yang mendapat permintaan memberangsangkan,” katanya ketika ditemui di Kampung Renek.

Menurut Nur Solehah, pada tahun ini kebanyakan harga biskut raya meningkat sekitar RM1 ke RM2 sebalang ekoran kenaikan harga bahan mentah. 

Katanya, dalam tempoh dua minggu Ramadan, dia menerima tempahan kira-kira 300 balang biskut daripada pelanggan di seluruh daerah ini.

Biskut raya itu dibuatnya mengikut tempahan bagi mengelakkannya menanggung kerugian sekiranya tidak habis terjual. 

“Alhamdulillah, meskipun harga dijual agak murah tetapi kualiti setanding dengan biskut di pasaran kerana saya tetap menggunakan bahan-bahan premium seperti mana biskut lain,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN