Bergelar ‘orang kaya’ jual nira sepanjang Ramadan

Bergelar ‘orang kaya’ jual nira sepanjang Ramadan

BADRUL AMIN Hassan mengutip hasil nira di Kampung Darang Buaya, Pasir Puteh, Kelantan. – UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Seorang lulusan Diploma Pengurusan Ladang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jasin, Melaka boleh dikatakan bergelar orang kaya apabila air tuak kelapa atau nira yang diusahakan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penggemar minuman itu.

Badrul Amin Hassan, 27, berkata, setiap hari dia perlu membekalkan kiri-kira 80 liter nira bagi memenuhi permintaan anak-anak Kelantan yang berada di Lembah Klang, sekali gus memperoleh pendapatan mencecah empat angka sebulan.

Menurutnya, situasi itu membuatkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan yang semakin mening­kat setiap hari.

“Alhamdulillah, setakat ini saya mempunyai tujuh orang pekerja untuk menguruskan jualan air nira. Setiap hari saya akan memanjat sendiri pokok kelapa untuk mengeluarkan nira.

“Nira itu kemudian akan dicampur dengan ‘laghu’ iaitu hirisan kayu cengal batu bagi mengekalkan kualiti dan kemanisan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Darang Buaya di sini, semalam.

Badrul Amin memberitahu, dia mula terdedah dengan kemahiran mengambil nira sejak 11 tahun lalu.

Katanya, dia mewarisi teknik itu daripada bapanya yang mempunyai pengalaman luas dalam penghasilan nira. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya