ATM perlu aset moden dan latihan berterusan - PM

ATM perlu aset moden dan latihan berterusan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pemodenan aset dan latihan berterusan adalah keutamaan dalam memastikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersedia menghadapi cabaran keselamatan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memastikan semua keperluan ini dipenuhi bagi menjamin keselamatan negara.

“ATM perlu sentiasa bersedia dengan aset moden dan latihan yang mencukupi. Kerajaan akan memastikan semua keperluan ini dipenuhi bagi menjamin keselamatan negara,” katanya menerusi satu kenyataan.

Anwar berkata, kerajaan turut memberi perhatian kepada kebajikan anggota serta menangani isu berbangkit untuk tindakan segera.

“Selain itu, kepentingan pembangunan penyelidikan dan teknologi pertahanan turut menjadi fokus utama agar Malaysia tidak ketinggalan dalam aspek keselamatan global,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN