AS bersekongkol serang Gaza

AS bersekongkol serang Gaza

gaza
GAMBAR HIASAN - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Amerika Syarikat (AS) dikecam susulan tindakannya bersekongkol dengan rapat dengan rejim Zionis dalam usaha pembersihan etnik membabitkan rakyat Palestin di Gaza.

Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Badlishah Sham Baharin berkata, tindakan AS bersekongkol dengan Israel sangat jelas apabila rejim Zionis itu tanpa bersembunyi mengatakan bahawa mereka mendapat ‘lampu hijau’ daripada pentadbiran Presiden, Donald Trump untuk memulakan serangan terbaharu ini.

Katanya, bahkan, AS sendiri menyediakan perlindungan diplomatik, sokongan politik, moral dan ketenteraan yang besar kepada Israel.

“IKRAM melihat bahawa usaha bersama Israel dan Amerika adalah dalam rangka memenuhi agenda jahat Trump yang mahukan Gaza dikosongkan penduduknya dan menjayakan agenda Pelan Pembangunan Semula Gaza di bawah pentadbiran Israel.

“Kami juga mengecam kempen serangan udara intensif AS di Yaman baru-baru ini, untuk menghalang Houthi meneruskan sokongan mereka terhadap Gaza, yang jelas akan menjejaskan kestabilan serantau Timur Tengah,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan semalam.

Terbaharu, rejim Zionis melancarkan serangan udara bertali arus ke Gaza mengakibatkan lebih 400 kematian membabitkan wanita, kanak-kanak dan warga emas selepas 42 hari bersetuju melaksanakan gencatan senjata sementara.

Badlishah berkata, serangan terbaharu Israel itu dengan mengenakan sekatan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza sejak dua minggu lalu adalah tindakan tidak berperikemanusiaan.

Katanya, ia juga jelas membuktikan pelanggaran serius Israel terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa, termasuk melanggar Konvensyen Geneva Keempat bahkan rejim Zionis itu juga terlibat dalam usaha genosid dan pembersihan etnik rakyat Gaza. 

“Oleh demikian, Ikram menuntut empat tindakan iaitu gencatan senjata segera dengan menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaksa semua pihak menghentikan serangan di Gaza dan Yaman.

“Kedua, memulakan siasatan antarabangsa yang saksama di bawah pihak Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap potensi jenayah perang dengan akauntabiliti terhadap pihak pelaku.

“Ketiga, kemasukan bantuan tanpa had ke Gaza dan Yaman untuk menangani kekurangan makanan, ubat-ubatan dan perkhidmatan penting yang kritikal. 

“Terakhir, komitmen diperbaharui terhadap keamanan yang adil dan berkekalan di Palestin – Israel melalui pematuhan kepada penyelesaian dengan mengambil kira hak kemanusiaan rakyat Palestin melalui proses rundingan damai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya