Anggota polis direman bantu siasatan kes cabul remaja

Anggota polis direman bantu siasatan kes cabul remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang anggota polis direman selepas didakwa mencabul remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah hotel di Jalan USJ, Sentral 1, di sini, Rabu lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan dan anggota polis terbabit sudah ditahan bagi membantu siasatan.

katanya, anggota terbabit pada mulanya pergi mencari mangsa bersama bapa remaja terbabit sebelum berlaku kejadian itu.

“Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 11.40 malam itu, mangsa sedang menginap di hotel bersama kenalan lelaki sebelum pintu bilik mereka diketuk.

“Sebaik dibuka pintu, seorang anggota polis bersama bapa mangsa yang mencarinya datang dan masuk ke dalam bilik hotel.

“Bagaimanapun ketika pemeriksaan itu mangsa mendakwa dicabul anggota polis terbabit,” katanya.

Susulan itu, dia tampil membuat laporan di Balai Polis USJ 8 untuk tindakan selanjutnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN