'Anda adalah barisan hadapan benteng keselamatan, keamanan negara'

‘Anda adalah barisan hadapan benteng keselamatan, keamanan negara’

Tan Sri Razarudin Husain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PETALING JAYA: Anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas ketika perayaan Aidilfitri adalah barisan hadapan yang menjadi kepada keselamatan dan keamanan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, komitmen dan dedikasi petugas terutama yang menjaga sempadan dan kawalan trafik dalam memastikan keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat tetap terpelihara dihargai serta dikagumi.

“Saya amat memahami bahawa tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh anda semua bukanlah mudah, lebih-lebih lagi pada waktu masyarakat bergembira menyambut hari lebaran bersama keluarga tersayang.

“Anda adalah barisan hadapan yang menjadi benteng kepada keselamatan dan keamanan tanah air,” katanya hari ini.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada petugas PDRM terhadap pengorbanan mereka yang terpaksa berjauhan dengan keluarga.

“Saya amat memahami bahawa tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh anda semua bukanlah mudah, lebih-lebih lagi pada waktu masyarakat bergembira menyambut hari lebaran bersama keluarga tersayang.

“Saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas pengorbanan dan jasa anda semua. Walaupun berjauhan daripada keluarga, ketahuilah bahawa sumbangan dan usaha anda tidak akan pernah dilupakan.

“Semoga Allah SWT sentiasa melindungi anda dalam menjalankan tugas dan memberikan kekuatan serta ketabahan kepada anda semua. Kepada keluarga anggota yang berjauhan, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan pengorbanan mereka,” katanya.

Razarudin turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga PDRM serta seluruh umat Islam.

“Saya mendoakan agar kita semua dikurniakan kesihatan dan keselamatan dalam menjalankan amanah ini. Semoga Syawal ini membawa keberkatan dan kegembiraan kepada kita semua, walaupun dalam keterbatasan tugas,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya