Anak terlantar, ibu harap ada ‘keajaiban’

Anak terlantar, ibu harap ada ‘keajaiban’

KHALIJAH Said (kanan) setia menemani Muhamad Fauzan Ikhwan Mohamed Hussain yang ditimpa kemalangan jalan raya ketika ditemui di rumah mereka di Lebuh Bukit Jambul, George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Hati ibu mana yang tidak sayu melihat anak kesayangan hanya mampu terlantar sejak lebih setahun lalu.

Itulah yang dialami Khalijah Said, 62, selepas anak bongsunya, Muhamad Fauzan Ikhwan Mohamed Hussain, 24, terlibat dalam kemalangan motosikal akibat microsleep di Jalan Gott­lieb, awal tahun lalu.

Khalijah yang kudung kaki kanan akibat jangkitan kuman berkata, dia dan suaminya, Mohamed Hussain Hassan, 60, reda dengan dugaan yang menimpa keluarga mereka.

“Sudah hendak masuk dua tahun Adik begini. Entah bila kami dapat tengok dia bangun, tersenyum dan bercakap semu­la,” katanya kepada Ming­guan Malaysia.

Sebelum tragedi itu menimpa, Muhamad Fauzan bekerja sebagai kakitangan kontrak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan pernah mewakili Pulau Pinang dalam sepak takraw.

Namun, kemalangan itu menyebabkan kecederaan parah di kepala hingga tempurung kepalanya terpaksa dibuang dan hanya disambung semula empat bulan lalu.

Menurut Khalijah, walaupun anaknya kini mampu menggerakkan tangan serta memberi isyarat dengan mata, perkembangannya masih perlahan.

“Ini kali kedua kami sambut Aidilfitri dalam keadaan ini. Suami saya juga pernah dise­rang strok tahun lalu, tapi Alhamdulillah dia kini boleh berjalan seperti biasa.

“Syukur jiran-jiran banyak membantu, begitu juga anak-anak yang lain,” katanya yang menerima bantuan JKM seba­nyak RM300 sebulan manakala Muhamad Fauzan menerima RM500.

Khalijah tetap berharap anaknya kembali pulih dan reda, malah percaya jika Allah menghendaki, tiada yang mustahil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya