Aminuddin pertahan Naib Presiden? 

Aminuddin pertahan Naib Presiden? 

AMINUDDIN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun membayangkan mahu mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dalam pemilihan parti itu Mei depan.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Negeri Sembilan berkata, beliau akan membuat kenyataan rasmi mengenainya selepas melakukan perbincangan.

“Saya cuba untuk kekal (Naib Presiden). Minggu ini saya akan buat kenyataan.

“Saya rasa kita maintain (kekal) sahaja. Saya akan mempertimbangkan untuk mempertahankan jawatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Sekiranya Aminuddin mengesahkan kedudukan itu, beliau akan menjadi pemimpin ketiga selepas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menyatakan pendirian mempertahankan kerusi Naib Presiden PKR.

PKR sebelum ini menetapkan pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) pada 24 Mei ini.

Pemilihan bagi jawatan di peringkat cabang, wanita cabang dan AMK cabang pula ditetapkan pada 11 hingga 20 April.

Pemilihan PKR kali ini dijangka ‘panas’ selepas Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin dilaporkan berkata PKR berkemungkinan tidak akan mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×