790 fakir terima kurniaan sumbangan Sultan, Sultanah Terengganu 

790 fakir terima kurniaan sumbangan Sultan, Sultanah Terengganu 

SULTAN Mizan Zainal Abidin (dua dari kiri) berkenan menyampaikan bantuan kepada 790 fakir miskin dan pelajar sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri di Istana Syarqiyyah, Chendering, Kuala Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan mengurniakan bantuan kepada 790 fakir miskin dan pelajar sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri di Istana Syarqiyyah, Chendering di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba baginda berdua diiringi oleh Yang Dipertuan Muda Terengganu dan disambut Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar serta isteri, Toh Puan Seri Tuan Faezah Tuan Ab. Rahman.

Baginda berkenan mengurniakan bantuan kepada 200 fakir miskin terpilih dari seluruh daerah berupa wang tunai dan hamper barangan keperluan harian daripada Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM).

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Datuk Mohd. Fadzli Yusof berkata, bantuan juga disampaikan kepada golongan pesara, ibu tunggal, orang kurang upaya, anak yatim dan pelajar asnaf dari dua madrasah serta pusat pengajian Islam.

“Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban kewangan semua penerima untuk menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri dengan lebih ceria tidak lama lagi.

“YDSM juga sangat berterima kasih dengan syarikat-syarikat korporat yang banyak memberi sumbangan kepada yayasan untuk diagihkan kepada golongan memerlukan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN