KAJANG: Keluarga 601 banduan dari 34 institusi penjara seluruh Malaysia mendapat khabar gembira apabila semua mereka dibebaskan dan boleh berhari raya bersama keluarga. Semua mereka dipilih sebagai Orang Bebas Berlesen (OBB) menerusi Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani sempena Hari Raya Aidilfitri. Pengarah Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Jabatan Penjara Malaysia, Komisioner Penjara Zainah Pardi berkata, daripada jumlah itu, seramai 25 orang merupakan banduan dari Penjara Kajang. Katanya,…










