KOTA KINABALU: Seramai 304 mangsa banjir masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah.
Keadaan banjir yang semakin baik menyebabkan hanya dua PPS kekal dibuka di Beaufort iaitu di PPS Dewan Datuk Seri Panglima Dun Banir dan PPK Dewan Selagon.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, setakat pukul 4 petang, hanya 304 daripada 86 keluarga masih berada di PPS.
Sementara itu, dua PPS masing-masing di Dewan Dato Angian Andulang, Apin-Apin Keningau dan Dewan Serbaguna Sipitang ditutup pada pukul 12 tengah hari dan 3 petang tadi.-UTUSAN