2,702 mangsa banjir Sabah ditempatkan di PPS

2,702 mangsa banjir Sabah ditempatkan di PPS

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu memindahkan warga emas yang terjejas banjir di Tenom hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 2,702 orang berbanding 1,748 orang yang dilaporkan pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan setakat 4 petang pagi, sebanyak sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di empat daerah yang dilanda banjir.

Daerah yang paling terjejas adalah Beaufort yang mencatatkan 1,181 orang daripada 385 keluarga dipindahkan ke empat PPS dan pusat pemindahan kekal (PPK) yang dibuka di Dewan Selagon, PPS Dewan Datuk Seri Panglima Dun Banir, Dewan Bisaya dan Dewan Residensi Prima.

Sementara itu, di Membakut sebuah PPS dibuka iaitu Dewan Kesenian Islam yang menempatkan 705 mangsa daripada 231 keluarga.

Jumlah mangsa yang terjejas banjir di Keningau pula seramai 133 orang daripada 50 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat dan Dewan Dato Angian Andulang, Apin-Apin.

Sementara itu, di Daerah Kecil Sook pula, seramai 683 mangsa daripada 94 keluarga dipindahkan ke Dewan Membulu dan Dewan SK Pekan II.

PPS akibat banjir di Sabah mula dibuka sejak 7 Mac susulan hujan lebat berterusan yang turun di daerah-daerah yang terlibat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN