140,000 kenderaan dijangka guna WCE sempena Aidilfitri

140,000 kenderaan dijangka guna WCE sempena Aidilfitri

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peningkatan trafik dijangka berlaku di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) susulan jangkaan hampir 140,000 kenderaan akan menggunakannya semasa sambutan Aidilfitri menerusi pembukaan lebih banyak bahagian lebuh raya berkenaan.

Pengurus Besar, Komunikasi Strategik dan Pembabitan Pihak Berkepentingan WCE, Syed Mohammed Idid berkata, laluan Taiping Selatan-Banting dijangka merekodkan jumlah trafik tertinggi di lebuh raya tersebut.

“Selepas pembukaan di Seksyen 5,8,9 dan 10 pada 2019, purata trafik harian (ADT) adalah sekitar 60,000 kenderaan. Namun, selepas pembukaan persimpangan Assam Jawa (Seksyen 6) pada 20 Nov 2023, jumlah itu meningkat kepada 70,000 kenderaan.

“Peningkatan ini diteruskan dengan pembukaan Seksyen Taiping Selatan (Seksyen 11) pada 12 Mac lalu, yang melengkapkan jajaran di Perak dan meningkatkan ADT melebihi 80,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut berkata, ADT semasa telah meningkat sehingga 90,000, selepas pembukaan Seksyen 1 Banting dan Seksyen 2 KESAS di Selangor.

“WCE komited dalam memastikan perjalanan yang selamat dan lancar kepada semua pengguna jalan raya sepanjang tempoh perayaan.

“Pembukaan Seksyen 7, iaitu persimpangan keluar Tanjung Karang yang bakal siap pada 2026, dijangka akan mengurangkan kesesakan serta merangsang pertumbuhan ekonomi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN