13 remaja bela diri bunuh pelajar

13 remaja bela diri bunuh pelajar

SITI Hamidah Jumari (kiri) kelihatan tenang selepas mendengar keputusan hakim memerintahkan kesemua tertuduh membela diri di Mahkamah Tinggi Tawau, Sabah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Seramai 13 remaja diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam atas pertuduhan membunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd. Narul Azwan pada tahun lalu.

Hakim Datuk Duncan Sikodol membuat keputusan berkenaan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap kes berkenaan selepas 25 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

“Selepas meneliti dan menilai keterangan saksi sepanjang kes pendakwaan, mahkamah memerintahkan kesemua tertuduh membela diri,” katanya.

Kesemua 13 pelajar lelaki berusia antara 16 hingga 19 tahun didakwa membunuh Mohamad Nazmie Aizzat, 17, di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu antara pukul 9 malam pada 21 Mac hingga 7.38 pagi, 22 Mac 2024.

Kesemua pelajar itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim kemudian menetapkan 10 hingga 14 Mac ini bagi prosiding pembelaan. Pada prosiding itu nanti, mahkamah turut memberi tiga pilihan iaitu memberi keterangan bersumpah, keterangan tidak bersumpah atau berdiam diri.

Sementara, ibu kepada Allahyarham Mohamad Nazmie Aizzat, Siti Hamidah Jumari, 45, tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata sebaik keluar dari galeri awam mahkamah apabila hakim memberikan keputusan itu yang membabitkan anaknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN