Warga asing tawar hingga RM5,000 dapatkan MyKad palsu  - Utusan Malaysia

Warga asing tawar hingga RM5,000 dapatkan MyKad palsu 

JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Warga asing menawarkan harga antara RM4,000 hingga RM5,000 bagi mendapatkan kad pengenalan palsu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, dapatan itu hasil daripada risikan yang dijalankan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Melalui hasil risikan JPN, terdapat penawaran kad pengenalan palsu dibuat dengan harga sekitar M4,000 hingga RM5,000

“Kebanyakan permintaan ini datang daripada warganegara asing yang ingin mendapatkan pekerjaan atau menetap di negara ini.

“Berdasarkan hasil risikan tersebut, JPN giat menjalankan pemantauan dan melaksanakan kerjasama dengan pihak penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) mengenai pemantauan dan tindakan penguatkuasaan yang telah diambil kerajaan terhadap sindiket pemalsuan kad pengenalan yang dilapor menawarkan MyKad pada harga RM4,400 menerusi platform media sosial khususnya kepada warga asing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN