Akhir November 1988. Saya masih di Den Haag, menguruskan satu bahan yang agak asing ini. Bahan ini dalam bentuk video. Video ini penting untuk menjejak perjalanan kehidupan Natrah selepas dibawa balik ke Belanda. Saya mengesan keperluan untuk melihat video ini apabila Alex Brotherton penterjemah akhbar Belanda itu memberitahu saya, daripada akhbar yang dibacanya, Natrah telah berubah sejak melihat rakaman video Mansor bercakap secara live dalam rancangan TV, The Time Just…










