TFC sekadar seri berdepan Kuching City FC

TFC sekadar seri berdepan Kuching City FC

SAFAWI Rasid (tengah) diasak dua pemain Kuching City FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu, malam ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila sekadar terikat 2-2 berdepan Kuching City FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin , Gong Badak, di sini malam ini.

TFC memulakan perlawanan dengan penuh yakin apabila mencipta gol pertama seawal minit kelapan oleh Manuel Ott hasil sepakan percuma di luar kotak penalti yang melepasi jangkauan penjaga lawan, Wan Muhammad Azraie Wan Teh.

Pada minit ke-59, Ismaheel Akinade menggandakan penguasaan TFC apabila menyumbat jaringan kedua namun Kuching City FC yang dibimbing Aidil Sharin Sahak merapatkan kedudukan menerusi sentuhan Jordan Mintah pada minit ke-63.

Seminit selepas itu, pasukan Kuching City FC memperoleh gol penyamaan setelah bola sepakan Fetrus Shitembi dari jarak 25 meter gagal ditepis keluar penjaga gol tuan rumah, Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin.

Sebelum itu, skuad Sang Penyu hampir menjaringkan gol awal menerusi percubaan Ismaheel Akinade pada minit kedua perlawanan, namun bola sepakannya melepasi palang gol.

Pada minit ke-45, pemain muda TFC, Muhammad Syahmi Zamri yang mendapat bola hantaran Safawi Rasid gagal disempurnakan dengan tepat walaupun hanya berhadapan Wan Muhammad Azraie.

Bagaimanapun, skuad Kuching City FC tidak ketinggalan mengatur serangan untuk memburu gol dan peluang terbaik diperoleh James Okwuosa yang melakukan sepakan kencang namun tersasar sebelah kanan gawang pada minit ke-16.

TFC hampir mendapat gol ketiga pada minit ke-90 namun bola sepakan Manuel Ott sekadar terkena palang gol. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya