TUMPAT: Pesawah di negeri ini melihat penambahan insentif membajak dan racun lebih praktikal berbanding cadangan menaikkan harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,800 satu tan metrik. Seorang petani, Abdullah Mat Yusoff, 62, berkata, dia khuatir jika terus dinaikkan belian padi ia menyebabkan beras menjadi mahal sekali gus membebankan rakyat. “Bagi saya, lebih baik kerajaan menaikkan bayaran subsidi racun dan membajak bagi meringankan bebanan kami (pesawah). Subsidi racun naikkan kepada RM300 sehektar manakala insentif membajak naikkan kepada RM200 sehektar,” katanya kepada Utusan Malaysia. Abdullah berharap kerajaan mewujudkan pelbagai lagi insentif…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya