Siti Fadilah dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia

Siti Fadilah dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia

SITI FADILAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Pemegang Amanah Islamic Relief Malaysia mengumumkan pelantikan Siti Fadilah Mohd Hood sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia yang baharu berkuatkuasa 1 Februari  bagi menggantikan Mohd Shukor Tahir yang telah menamatkan perkhidmatan pada 31 Januari ini.

Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Islamic Relief Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, kepakaran dan komitmen Siti Fadilah terhadap misi Islamic Relief diyakini dapat memacu usaha organisasi di dalam menyediakan bantuan kemanusiaan yang berkualiti dan Mampan.

Kata beliau, Siti Fadilah mempunyai pengalaman luas dalam bidang kemanusiaan dan kebajikan selama 18 tahun bersama Islamic Relief Malaysia, Siti Fadilah telah menunjukkan kepimpinan dalam aspek penjanaan dana, pemasaran, komunikasi, dan pembangunan program.

“Berkelulusan Ijazah dalam jurusan Kejuruteraan Biokimia-Bioteknologi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Siti Fadilah membuktikan kewibawaannya dalam memacu inisiatif kemanusiaan berimpak tinggi menerusi rekod prestasi yang cemerlang.

“Sepanjang berkhidmat di Islamic Relief Malaysia, Siti Fadilah bersama pasukannya berjaya menjalankan beberapa kempen utama merangkumi program bermusim, kecemasan mahupun pembangunan mampan di dalam dan luar negara.

“Antaranya Rezeki Ramadan, Palestine Appeal, Save Syria, MyYateem, Dana Wakaf Sistem

Air, Kecemasan Lokal dan MySedekah di samping mewakili organisasi dalam kumpulan kerja global serta melaksanakan misi kemanusiaan di negara-negara seperti Somalia, Malawi, Bosnia and Herzegovina, Kosova, Turkiye, Jordan dan Bangladesh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Siti Fadilah merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia yang bertanggungjawab merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan operasi organisasi.

Kata Syed Saleh, kepimpinan dan pengalaman yang dimiliki Siti Fadilah, Islamic Relief Malaysia akan terus memperkukuh organisasinya dalam mencapai visi dan misi kemanusiaan yang diamanahkan.

“Barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah, pengurusan tertinggi, dan seluruh warga kerja Islamic Relief Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan ini.

“Kepimpinan dan pengalaman yang dimiliki Siti Fadilah, Islamic Relief Malaysia akan terus memperkukuh organisasinya dalam mencapai visi dan misi kemanusiaan yang diamanahkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN