PUTRAJAYA: Hampir 2,000 syarikat akan diaudit oleh Jabatan Audit Negara (JAN) bermula tahun ini untuk menangani isu-isu tatakelola yang dikenal pasti dan meningkatkan ketelusan serta akauntabiliti pengurusan wang awam negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan pengauditan itu akan lebih cekap dan sistematik menggunakan sistem e-SelfAudit berasaskan kecerdasan buatan (AI). Antara yang akan diaudit ialah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berhad menurut…











