Seleweng minyak masak peket: 16 syarikat digantung, 30 ditarik kuota

Seleweng minyak masak peket: 16 syarikat digantung, 30 ditarik kuota

FUZIAH SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menggantung sebanyak 16 buah syarikat dan menarik semula kuota 30 syarikat membabitkan salah guna pembelian minyak masak peket subsidi setakat tahun lalu.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, KPDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat yang menyalahgunakan inisiatif itu.

“Berkenaan penyelewengan, KPDN tidak ada kompromi kalau ada pihak yang menyalahgunakan kuota yang diberikan kepada mereka (kerana) kita ambil tindakan terus. Sama ada KPDN gantung kuota tersebut atau menarik semula kuota yang diluluskan.

“Saya mahu memaklumkan bahawa pada tahun lalu, kami telah menggantung 16 syarikat dan menarik kuota daripada 30 syarikat yang menyalahgunakan amanah diberikan kepada mereka.

“Ini adalah tindakan yang kita ambil secara serius dan tidak ada kompromi,” katanya di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan tambahan dari Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjung Karang) yang meminta KPDN menyatakan kaedah bagi menangani penyelewengan minyak masak peket di pasaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN