PETALING JAYA: Keputusan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2024 yang mengekalkan Malaysia di tangga ke-57 menunjukkan usaha membanteras rasuah masih belum cukup untuk membawa perubahan ketara dalam persepsi global terhadap tadbir urus negara. Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, CPI bukan sekadar mengukur keberkesanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pendakwaan kes rasuah semata-mata, tetapi merangkumi aspek tadbir urus secara menyeluruh. Katanya, beberapa faktor yang mempengaruhi kedudukan CPI…