‘Ramai tinggalkan Kementerian Kesihatan, yang rugi rakyat’

‘Ramai tinggalkan Kementerian Kesihatan, yang rugi rakyat’

RAFIDAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pakar perubatan meluahkan kebimbangan terhadap masa depan sektor kesihatan awam negara ini apabila terdapat anggota kesihatan termasuk doktor mengambil keputusan meninggalkan Kementerian Kesihatan.

Perkara itu dikongsi Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr. Rafidah Abdullah mengenai keputusan sepupunya, seorang doktor hospital kerajaan yang memilih untuk menerima tawaran kerja di New Zealand, mencerminkan cabaran dihadapi sektor kesihatan tempatan.

Dalam satu hantaran di Facebook semalam bertajuk ‘Selamat Tinggal KKM’, Dr. Rafidah menyifatkan sepupunya sebagai seorang doktor yang rajin dan berdedikasi serta sudah hampir menamatkan program kepakaran parallel dalam bidang perubatan kecemasan.

“Ibu beliau pesara guru, arwah ayah seorang pegawai tinggi kerajaan (PTD). Beliau bekerja di Jabatan Kecemasan dan sudah hampir tamat program kepakaran parallel beliau,” katanya.

Beliau berkata, tindakan sepupunya yang tidak teragak-agak untuk menerima tawaran bekerja di New Zealand dengan meninggalkan Kementerian Kesihatan memberi kerugian kepada kesihatan awam.

“Ramai yang dah meninggalkan (KKM). Jika ini bukan tanda kapal karam, saya tak tahu apa lagi yang perlu dikatakan.

“Dia tidak rugi, saya tidak rugi (sebab boleh jalan-jalan). Yang rugi, adalah rakyat Malaysia,” katanya.

Merujuk kepada cadangan sistem syif Waktu Bekerja Berlainan (WBB) yang sudah dibatalkan, Dr. Rafidah mendakwa ia dilaksanakan tanpa perbincangan menyeluruh dan memberi tekanan kepada doktor serta petugas kesihatan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN