Penyelarasan harga lantai padi baharu beri keuntungan 

Penyelarasan harga lantai padi baharu beri keuntungan semua pihak

MOHD. ZULKUFLI ZAKARIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyelarasan harga lantai belian padi kepada RM1,500 setiap tan metrik dilihat sebagai langkah bijak untuk menstabilkan pasaran dan memberi manfaat kepada pesawah, pengguna serta rantaian bekalan industri padi dan beras.

Penganalisis Ekonomi dan Transformasi, Dr. Mohd. Zulkufli Zakaria berkata, keputusan kerajaan menyelaraskan harga lantai ini dapat membantu pesawah memperoleh pendapatan lebih stabil, sekali gus memastikan pengeluaran padi yang berkualiti serta bekalan beras tempatan yang mencukupi.

Katanya, langkah ini dapat membantu pesawah merancang pengeluaran dengan lebih efisien dan memudahkan pengguna dalam merancang perbelanjaan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Harga lantai belian yang baharu ini sebenarnya bertujuan untuk menstabilkan harga bagi pesawah dan juga pembeli. Ia membolehkan pesawah dan pengguna merancang dari perspektif pengeluar iaitu pesawah serta pembeli.

“Ia merupakan strategi bijak dalam menghadapi kenaikan kos upah dan kos input pertanian seperti baja dan racun,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam, kerajaan bersetuju menyelaraskan harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 bagi setiap tan metrik yang bermula Ahad ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia mengambil kira kenaikan kos upah dan kos input pertanian.

Mohd. Zulkufli berkata, dengan mengambil kira kos upah dan kos input seperti baja, kerajaan berupaya merancang langkah seterusnya untuk membantu pesawah. 

“Penyelarasan harga lantai ini sebagai langkah holistik yang mempertimbangkan kepentingan semua pihak dalam rantaian bekalan, dari peringkat pengeluaran hingga pengguna akhir.

“Ini termasuk kemungkinan melaksanakan inisiatif pengurangan kos input jika perlu bagi meringankan beban yang ditanggung oleh petani,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini