Pemilihan PKR: Keterbukaan Anwar suburkan demokrasi

Pemilihan PKR: Keterbukaan Anwar suburkan demokrasi

HASSAN Abdul Karim (tiga dari kanan) menggaul Yee Sang pada Rumah Terbuka Parlimen Tebrau 2025 Bersama PKR Johor di Johor Bahru, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terbuka sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PKR dipertandingkan pada pemilihan parti itu disifatkan sebagai langkah demokratik dan positif.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, keterbukaan Perdana Menteri itu menyuburkan amalan demokrasi dalam parti sekali gus memberi peluang kepada lebih satu juta ahli memilih kepemimpinan tertinggi parti itu.

“PKR adalah parti demokrasi dan bukan hari-hari kita adakan pemilihan tapi tiga tahun sekali. Ini amat positif dan memberikan gambaran yang baik kepada anak muda dan mereka akan berminat dengan PKR.

“Kita harap perkara ini (amalan seperti ini) akan diteruskan bukan sahaja dalam pemilihan kali ini tetapi juga pemilihan pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

Bekas Pengerusi PKR Johor itu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir dalam Rumah Terbuka Parlimen Tebrau 2025 Bersama PKR Johor di sini hari ini.

Semalam Anwar berkata, beliau menyerahkan kepada parti itu untuk memutuskan sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PKR perlu dipertandingkan atau tidak, pada pemilihan Mei depan.

Katanya, beliau menghormati demokrasi dalam parti dan tidak mahu mencampuri urusan berkenaan.

Hassan sementara itu berkata, dua jawatan tertinggi PKR itu perlu dipilih mengikut amalan biasa parti dan sesiapa sahaja ahli daripada mana-mana bahagian dibenarkan bertanding.

“Biarkan dua jawatan tersebut dipertandingkan, kalau siapa-siapa ahli parti nak lawan, lawanlah. Bagi mereka bertanding,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya