Malaysia salur AS$200,000 bantu Timor Leste penuhi syarat anggota tetap ASEAN

Malaysia salur AS$200,000 bantu Timor Leste penuhi syarat anggota tetap ASEAN

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia menyalurkan bantuan sebanyak AS$200,000 kepada Timor Leste bagi memenuhi syarat negara itu untuk menjadi ahli tetap ASEAN.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bantuan itu bagi menubuhkan Unit Timor Leste di Jabatan Sekretariat ASEAN yang berpangkalan di Indonesia 

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen negara dalam memperkukuh hubungan diplomatik dan kerjasama serantau. 

“Malaysia sentiasa menyokong aspirasi Timor Leste untuk menyertai ASEAN secara rasmi dan yakin bahawa bantuan ini dapat mempercepatkan proses keanggotaan,” katanya semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Indera Mohd. Shahar  Abdullah (BN-Paya Besar) yang ingin mengetahui peranan Malaysia dalam proses keanggotaan penuh Timor Leste dalam ASEAN dan apakah inisiatif strategik memperkukuh pembangunan kapasiti negara itu.

Mengulas lanjut Mohamad berkata, Malaysia bersama negara ASEAN yang lain turut bersetuju untuk memberi kelonggaran kepada Timor Leste bagi memenuhi 20 ke 30 peratus peraturan yang ditetapkan.

“Kita hendak bantu Timor Leste, jadi Malaysia cadangkan untuk negara itu untuk penuhi 20 ke 30 peratus dahulu kehendak yang ditetapkan dari 80 perkara melibatkan ekonomi.

“Alhamdulillah, cadangan itu disambut baik oleh semua ahli,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN