MAIK kutip zakat lebih RM296 juta

MAIK kutip zakat lebih RM296 juta

TENGKU Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz (dua dari kiri) menyampaikan replika cek bagi bantuan sumbangan kepada wakil Badan Pertubuhan dan Agensi, Datin Wan Nor Hanita Wan Yaacob sempena Laporan Khas Kutipan Zakat dan Agihan Zakat Maik Bagi Tahun 2024 di Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pertumbunan positif Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 1.5 peratus memberikan kesan baik kepada pemain industri sekali gus membantu kutipan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sehingga memperoleh kutipan sebanyak RM296,523,766 pada tahun lalu.

Yang Dipertua MAIK, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kutipan tersebut meningkat sebanyak 15 peratus berbanding tahun 2023 iaitu RM257,091,433.

“Tahun lepas disifatkan cukup mencabar terutama dari sudut perkembangan ekonomi demostik dan antarabangsa termasuk pergolakan di Timur Tengah, perang dagang serta isu politik.

“Hasil promosi dan penerangan yang berkesan serta berterusan oleh unit kutipan zakat dengan kerjasama Unit Komunikasi Korporat turut membantu kepada peningkatan jumlah kutipan,” katanya  sempena Laporan Khas Kutipan Zakat dan Agihan Zakat Maik Bagi Tahun 2024 di sini hari ini.

Tengku Rizam memberitahu, zakat pendapatan menjadi menyumbang tertinggi pungutan apabila sebanyak RM183,342,813  dikutip. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN