PETALING JAYA: Kos pesawah melonjak sebanyak 55 peratus akibat pelaksanaan penyasaran subsidi diesel sejak tahun lalu antara alasan utama kerajaan dituntut meningkatkan harga lantai pembelian beras kepada RM1,800 berbanding RM1,300 satu tan. Jumlah itu disifatkan adil kepada pesawah bagi mengimbangi peningkatan kos yang ditanggung golongan tersebut pada setiap musim penanaman padi. Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, penyasaran subsidi diesel bermula tahun lalu mengakibatkan kos petani…










