Keputusan pajakan 28 helikopter berdasarkan fakta

Keputusan pajakan 28 helikopter berdasarkan fakta

MOHAMED Khaled (tengah) menyampaikan sumbangan sempena lawatan kerjanya ke Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang hari ini.-UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mempertahankan kenyataannya berhubung keputusan kerajaan untuk memajak 28 buah helikopter bernilai RM 16 billion yang dibuatnya berdasarkan fakta.

Menurut Mohamed Khaled, penjelasan yang diberikan mengenai perkara itu amat teliti dan terperinci. Justeru, beliau hairan bagaimana kenyataan tersebut didakwa mengelirukan pihak pembangkang.

“Sekarang, apabila kita faham konsep ini, syarikat itu mesti beli dulu (helikopter). Kalau kita pergi kepada syarikat OEM (syarikat pengeluar peralatan tulen), dia tidak akan buat helikopter.

“Dalam hal ini, kerajaan tak payah bayar. Saya kata, bila helikopter siap baru kerajaan bayar. Ini maknanya, syarikat (yang dipilih) itu mesti sediakan duit sebab kos helikopter RM4 bilion lebih. Dia (syarikat) kena sediakan duit. Tak bolehlah ambil syarikat kat tepi jalan.

“Ini maknanya mesti (pilih) syarikat yang kuat dan syarikat Weststar memang sebuah syarikat yang mengendalikan perkhidmatan helikopter bukan sahaja di Malaysia, malah di luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz yang mendakwa penjelasan yang diberikan berhubung pajakan terhadap 28 helikopter itu adalah mengelirukan.

Tambah Mohamed Khaled, syarikat yang dipilih turut menyediakan perkhidmatan kepada keluarga Diraja Arab Saudi serta Petronas.

“Jadi, syarikat ini bukan biasa-biasa kerana ia ada kemampuan dalam kewangan. Jika tidak, kerajaan yang kena keluarkan wang. Kalau kita tak buat cara ini (pajakan), sampai bila pun kerajaan tidak ada helikopter,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, perjanjian dengan Syarikat Weststar melibatkan helikopter baharu berbanding helikopter pajak melalui program ‘Kerajaan Mengendalikan, Syarikat Memiliki dan Menyelenggara (GOCOM).

“Sekarang ini kita ada menyewa helikopter pajak melalui program GOCOM tetapi bukan helikopter baharu. Yang dengan Weststar ini (helikopter) baru. Jadi, bila mereka keluarkan wang, ia perlu ada kos pembiayaan,” katanya.

Terdahulu, pajakan 28 helikopter bernilai RM16.6 bilion yang dilaksanakan Kementerian Pertahanan merangkumi pakej menyeluruh termasuk penyelenggaraan dalam dan luar pengkalan, simpanan alat gantian, latihan serta kursus juruterbang dan krew penerbangan serta kos pembiayaan.

Mohamed Khaled berkata, perolehan secara sewaan itu melibatkan tempoh kontrak selama 15 tahun dan diterima oleh semua anggota keselamatan yang menerima helikopter terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN