Jemaah Menteri perlu terbuka untuk terima kritikan

Jemaah Menteri perlu terbuka untuk terima kritikan

ANWAR Ibrahim menghadiri  Permukiman Kerajaan Madani 2025 selama dua hari di Bangi, Selangor.-FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri perlu untuk sentiasa terbuka dalam menerima kritikan bagi membantu dan memperbaiki kelompongan yang terdapat dalam kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu perlunya ada kesatuan dan kebersamaan di dalam Jemaah Menteri sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan Madani yang benar-benar mengangkat suara serta kehendak rakyat.

“Saya tegaskan bahawa marcapada (dunia masa kini) hari ini termasuk situasi geopolitik dan teknologi, menuntut mana-mana kerajaan untuk bergerak pantas dan berubah agar terus kekal relevan dan berfungsi dengan baik kepada seluruh lapisan masyarakat,” katanya dalam Facebook beliau.

Amanat berkenaan disampaikan Anwar yang juga Menteri Kewangan sempena Permukiman Kerajaan Madani 2025 selama dua hari di Bangi, Selangor, semalam.

Anwar berkata, permukiman berkenaan membuka ruang sinergi dalam kalangan jemaah menteri bagi bersama-sama menambah baik, mengutarakan idea lebih segar dan merangka prakarsa yang strategik khususnya kesejahteraan rakyat dan kemajuan ekonomi negara.

Sebelum ini, Anwar memaklumkan, Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan akan melaksanakan sesi pemukiman kali ketiga dalam tempoh terdekat.

Perdana Menteri berkata, sesi pemukiman itu bukan untuk menceritakan kejayaan masing-masing, sebaliknya menjadi platform anggota Kabinet memperbaiki kelemahan yang ada.

Anwar berkata, sesi pemukiman itu tidak akan terhenti setakat dalam kalangan Jemaah Menteri, sebaliknya diperluaskan kepada peringkat Ketua Setiausaha kementerian dan Ketua Pengarah jabatan kerajaan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN