PETALING JAYA: Veteran UMNO merasakan DAP masih tidak ikhlas bekerjasama dalam Kerajaan Perpaduan meskipun hubungan sudah terjalin dua tahun sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, hubungan itu dilihat masih ‘rapuh’ dan boleh berpecah pada bila-bila masa kerana DAP dilihat tidak menjaga sensitiviti antara parti-parti lain khususnya membabitkan isu agama dan perkauman. Katanya, beliau melihat perkara ini mulai tidak dijaga dengan baik apabila terdapat…










