GOMBAK: Seorang lagi warga Indonesia yang ditembak ketika menyerang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Tanjung Rhu, Selangor pada 24 Januari lalu dilaporkan meninggal dunia awal pagi semalam. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek tersebut disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang selepas dilaporkan berada dalam kritikal ketika menerima rawatan. Katanya, kejadian tersebut disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh yang…











