Individu tular berita palsu Majlis Raja-Raja akan didakwa

Individu tular berita palsu Majlis Raja-Raja akan didakwa

FAHMI Fadzil bercakap pada sidang akhbar mingguan di Kementerian Komunikasi, semalam- UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti sejumlah individu yang dipercayai terlibat menularkan berita palsu di media sosial berkait Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 baru-baru ini.

Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka dan pihak lain yang didapati terlibat dalam menularkan dan menyebarkan berita palsu bersifat agama, bangsa dan institusi diraja (3R).

“Saya ingin menyentuh dakwaan yang tular di media sosial kononnya dalam sidang Majlis Raja-Raja baru-baru ini ada satu undian yang dibuat, disebut angka 7-2.

“Hal ini adalah satu mainan yang sejujurnya tidak ada sebarang undian yang dilakukan dalam Majlis Raja-Raja baru-baru ini,” katanya mene­rusi sidang akh­bar di sini semalam.

Terdahulu, tular satu tangkap layar di media sosial berhubung dakwaan baha­wa Majlis Raja-Raja telah mem­buat undian untuk mengambil tindakan kepada kerajaan Perpaduan kerana ingkar untuk melaksanakan perintah berkait pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kata dakwaan yang tular itu, usaha tersebut telah dipersetujui dengan undian 7-2.

Media pada 5 Feb­ruari lalu melaporkan, Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Salleh­uddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara.

Seterusnya pada 7 Februari, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.

Istana Negara memaklumkan, perkara itu juga telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN