IMFCJ pendekkan tempoh kelulusan projek  - Utusan Malaysia

IMFCJ pendekkan tempoh kelulusan projek 

TUNKU Mahkota Ismail (tengah) berkenan menyempurnakan Majlis Pembukaan IMFCJ di Forest City, Iskandar Puteri, Johor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Penubuhan Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia di Johor (IMFCJ) bakal memendekkan tempoh yang diambil bagi kelulusan sesuatu projek pelaburan dari 24 bulan menjadi hanya 14 bulan.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, IMFCJ bakal melengkapi pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), seiring hasrat Johor menjadi sebuah negeri maju dan moden dengan persekitaran ekonomi  lebih cekap, pantas dan efektif.

“IMFCJ akan merevolusi landskap pelaburan negeri, mengurangkan kerenah birokrasi, mempercepatkan kelulusan projek dan memacu limpahan pelaburan berkualiti tinggi.

“Ini bakal mewujudkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi ke negeri Johor. Kerajaan negeri dengan sokongan kerajaan Persekutuan akan memastikan negeri ini menjadi destinasi pelaburan utama yang berdaya saing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian IMFCJ di Forest City, di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Mohd. Noorazam Osman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN