PETALING JAYA: Harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh bermula esok hingga 12 Februari adalah kekal. Kementerian Kewangan memaklumkan, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit petrol RON97 kekal RM3.43 seliter, manakala petrol RON95 kekal RM2.05 seliter. Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turut kekal pada paras RM3.18 seliter; dan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15…










