Buruh maut, motosikal terbabas berhampiran Plaza Tol Paka

Buruh maut, motosikal terbabas berhampiran Plaza Tol Paka

PASUKAN penyelamat mengusung mayat Amir Hamzah Johar yang terlibat dalam kemalangan di susur keluar Plaza Tol Paka, Lebuhraya Pantai Timur 2 di Dungun, Terengganu. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang buruh maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dalam kemalangan di susur keluar Plaza Tol Paka, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, Amir Hamzah Johar, 37, meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran kecederaan parah di bahagian kepala. 

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, difahamkan ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y16 sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), di sini ke Segamat, Johor. 

“Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan dan terbabas ke kanan sebelum bergesel dengan besi penghadang jalan sebelah kanan. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN