Grammy: Beyonce cipta sejarah lagi - Utusan Malaysia

Grammy: Beyonce cipta sejarah lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Beyonce mencipta sejarah apabila mengungguli kategori Album Tebaik anugerah Grammy tahun ini.

Kemenangan itu adalah menerusi album Cowboy  Carter yang merupakan album country pertama penyanyi itu.

Beyonce juga melakar rekod tersendiri apabila diangkat sebagai penyanyi kulit hitam pertama yang menggondol anugerah Album Country Terbaik bagi album yang sama.

“Saya terkejut, terima kasih atas penghargaan ini. Album ini tidak akan berjaya dihasilkan tanpa sokongan anda,” katanya Beyonce ketika berucap di majlis tersebut.

Terdahulu, Beyonce juga memenangi satu lagi anugerah apabila single duetnya bersama Miley Cyrus, II Most Wanted yang mengungguli kategori Duo/ Berkumpulan Country terbaik.

Kejayaan itu turut menjadikan Beyonce sebagai artis kulit hitam pertama yang memenangi anugerah itu selepas lima dekad.

Anugerah tersebut yang diadakan di Crypto.com Arena di sini merupakan penganjuran yang ke-67.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN