PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan perlu meneliti semula penyusunan sistem syif kerja dan memastikan kadar bayaran kerja lebih masa yang lebih setimpal bagi mengurangkan bebanan jururawat. Pengerusi Persatuan Jururawat Lelaki Malaysia, Muhammad Julihan Kamari berkata, meskipun waktu kerja dicadang dikurangkan daripada 45 jam kepada 42 jam seminggu, sebaliknya beban kerja jururawat masih tidak berubah kerana sistem penggiliran tugas yang tidak fleksibel di samping tenaga kerja tidak mencukupi. Katanya, kadar bayaran lebih masa bagi jururawat berpengalaman lebih 15 tahun masih tidak munasabah iaitu hanya sekitar RM18 sejam, jauh lebih rendah berbanding hospital…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya