REMBAU: Anak bongsu kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Zaquan Adha Abd. Radzak dan pelakon, Ayu Raudhah meninggal dunia kelmarin di kediaman pasangan suami isteri itu di Sikamat di sini kelmarin. Muhammad Aisy Al Rees yang berusia enam bulan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) selepas dipercayai tidak sedarkan diri ketika tidur kira-kira pukul 1 tengah hari. Jenazah bayi berkenaan kemudian dibawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau untuk dibedah siasat dan seterusnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said, Seremban pada pukul 9.30 pagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya