KUALA LUMPUR: Akta baharu untuk melindungi dan membela nasib pekerja gig akan dibentangkan di Parlimen dalam masa terdekat.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, kementeriannya sedang melakukan usaha yang terbaik bagi memastikan semua pemain gig dilindungi.
“Kementerian sedang bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi memastikan akta ini adil dan menyeluruh sekaligus memastikan mereka mendapat perlindungan sewajarnya,” katanya yang soalan tambahan Nurul Amin Hamid (Padang Terap- PN) yang memintanya menyatakan berkenaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) meliputi pekerja gig.
Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan turut berhasrat untuk melaksanakan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) bagi memastikan perlindungan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu kepada pekerja yang layak sepanjang tempoh penggajian.
Katanya, skim ini akan ditadbir oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan merangkumi kemalangan yang tidak berkaitan dengan pekerjaan serta tidak berlaku dalam masa menjalankan tugas.
“Skim ini turut meliputi insiden yang berlaku di luar waktu kerja, termasuk kemalangan dalam perjalanan yang tidak berkaitan dengan pekerjaan, selagi kejadian berlaku dalam Malaysia,” katanya. –UTUSAN










